SALAM UKHWAH & SELAMAT DATANG

Sunday, February 15, 2009

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Wednesday, February 11, 2009

apala nak jadi

Sd bukan malas menulis, apatah lagi mencari setiap salah dan silap org..kekadang terfikir jugak..kita ni sempurna sgt ke?...

Sd juga bukan penderhaka sultan..Sd tak sokong mana2..melihat situasi politik Zaman ini cukup menakutkan..

sebab apa takut

1. Islam semakin hari semakin dihina
2. Melayu mudah lupa diri bila kuasa ada ditangan mereka
3. Rasuah makin menjadi
4. isu politik melebihi isu agama
5. yang miskin terus ditindas dan dilupakan sbb gara2 sibuk berpolitik
6. semua rasa diri sempurna dan hebat
7 . Dan tak mustahil peristiwa 13mei akan berlaku

cukupla yg sudah tersenarai..banyak lagi sebenarnya..Sd tak kesah sapa yg memerintah..tapi jika kamu menjadi pemimpin jadilah pemimpin seperti umar al khattab

tgok di tempat sd..dulu UMNO memerintah pon mcm tu gak..semua tender ke.apa2 bantuan sampai kat tgn2 mangkuk2 hayun adik beradik mereka juga

bila PAS memerintah pon begitu jugak..hbis kami ni mcmana..
bayangkan SD dah meghuni tempat tanah tumpah darah SD selama 23 tahun..ibu ayah Sd dah mencecah umur 53 tahun.. even bapak sd org melaka cuma mak Sd je org perak.. sampai sekarang Sd masih menyewa rumah org lain..

kenapa? ibubapa Sd miskin ke? tak mampu ke? bukan soal miskin ataw tidak mampu tapi soalnya bila setiap kali bantuan sampai org lain yg cedok dulu..

Sd sendiri terfikir.. tidak takut dosa ke mereka mengambil harta bukan hak mereka?..tpi bila duit jadi taruhan dosa pahala semua ditolak ketepi..

Sd taknk jadi kaduk naik junjung..negara Aman cukup uat Sd..lagipun gaji sd cukup untuk kami mendapatkan rezeki yang halal..

kalau nak juangkan pasal hak tak payah la..suara kita sape nak dengar..pandang sebelah mata pon tidak....

biarlah mereka dengan cara mereka..yang pasti jika mereka diazab oleh allah suatu hari nanti mereka pasti akan mencari orng seperti SD untuk minta maaf

P/s : SD sentiasa mendoakan mereka2 ini bertaubat..sesungguhnya taubat itu lebih manis..

[ pELeMbUt haTi ]



[ tAjaaN tERhoRmat ]

[ tEtaMu ]

[ kOmENtaR ]

[ fAcEbOoK ]

[ jURutEKniK kOmPuTeR ]

Template by - ejdeejasmi - 2010 - ejdeecraft